::aLaM sEkiTaR:: Punca Jerebu Di Sekitar Lembah Klang

Sedikit Laporan Dari Aku..
Beberapa hari yang lalu ketika aku sedang berjalan-jalan sekitar area Puchong, aku ternampak satu kepulan asap. Jadi aku pun pergi la kat kawasan tu, bila dilihat dari jarak dekat, satu kawasan semak dah terbakar dek angkara perbuatan manusia yang tak bertanggungjawab.. Dah la tu, dekat pulak dengan tiang kabel elektrik.. Bahaya sungguh...!!!

Lalu aku pun mengambil kesempatan dengan mengambil gambarnye.. Di dalam surat khabar menyatakan bahawa Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada masa itu berada pada paras bacaan IPU 87.




Sebanyak Laporan Dari Bernama..
Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan di beberapa kawasan di negara ini dilaporkan berubah sedikit pagi ini berikutan hujan yang turun sekejap di Lembah Klang lewat petang semalam.

Mengikut laporan IPU yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam laman webnya pada pukul 11 pagi ini menunjukkan tiada kawasan yang telah mencapai kadar IPU yang tidak sihat.

Pelabuhan Klang merekodkan bacaan IPU yang sederhana iaitu 94 berbanding bacaan IPU yang tidak sihat iaitu 136, malam tadi.

Bacaan IPU bagi Cheras, Petaling Jaya dan Shah Alam pula masing-masing pada 83, 81 dan 81 pagi ini.

Daripada 48 kawasan yang dipantau, 24 kawasan telah mencatatkan bacaan IPU yang baik termasuk Langkawi (29), Kangar (23) dan Universiti Sains Malaysia di Gelugor, Pulau Pinang (30). BERNAMA

1 069 comments:

Unknown said...

wawww bahaya ni...silap1 blh bwk mati..selamat bumi kita..

Post a Comment

Video Gallery

.