::~HiBuRaN~:: iNi BaRu NaMe nYE bAkAT....

Tahniah buat Black (Mentor 3). Bertuah betul ko Black sebab diumumkan sebagai juara Mentor musim ketiga. Ini baru nama bakat bro!!!.... Keputusan kemenangan Black yang juga protege Mas Idayu diumumkan pengacara Ally Iskandar Mohd Mardzi ketika peringkat akhir program itu yang disiarkan secara langsung menerusi TV3.



Black mengatasi dua peserta lain iaitu Camellus De'lelli Anam atau Chaq, 20 dan Hunanis Zafira Huzaini atau Fira, 18, dengan markah tertinggi berdasarkan keputusan juri profesional sebanyak 50 peratus, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus undian juri awam. Black mendapat markah keseluruhan 75 peratus diikuti Chaq (52.8 peratus) dan Fira, 35.6 peratus.

Black membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 bersama kereta Kia Spectra 5, manakala Mas turut menerima hadiah wang tunai RM100,000. (buleh kawin ko lepas ni Black.. hahaha... )

Pada saingan peringkat akhir itu, setiap peserta diminta menyanyi satu lagu secara solo dan lagu duet bersama mentor serta artis jemputan. Black menyampaikan lagu Aku Sayang Rindu Kamu ciptaan Yuzai diikuti lagu duet secara medley bersama Mas, Mus dan Shamrin.

Tiga juri jemputan yang dipertanggungjawab mengadili peserta adalah penyanyi Zainal Abidin, komposer Hashridz Murshim Hassim (Acis) dan Sheikh Heikal.

Untuk pemenang kedua, Chaq dan Ajai menerima hadiah wang tunai, RM30,000, manakala Fira dan Lah menerima wang tunai RM10,000.

Protege Ajai iaitu Chaq menyampaikan lagu Penjelasan 1 Persatu ciptaan Ajai, manakala beberapa lagu medley duet bersama mentornya dan Stacy. Fira pula menyanyikan lagu Bukan Niatku ciptaan Sharon Paul, dan duet bersama mentor, Lah serta penyanyi kumpulan One Nation Emcess.

3 069 comments:

CikYana(",) said...

aiyooo
cikYana xminat sgt mentor
tp smlm tgk gk ckit2
lalala

pape pun.BLACK mmg ptt menang
he deserve it..hihi

Unknown said...

aku tak minat black tu sbb tak hensem...haha...tp sbb aku nyampah tngk chaq & ajai ..jadi aku pilih la black...lagi pun mentor dia cun sgt..hehe

azizan4444 said...

tahniah black..aku pon rase ko patut menang.padan muka ajai..haha

ps:bro,ko buang la verification word ni.senang nk komen nanti

Post a Comment

Video Gallery

.