Bagaimana mengira harga emas dunia dan Malaysia?

Bagaimana cara melihat dan mengira harga emas semasa dunia dan juga Malaysia?
Laman web paling terkenal untuk melihat harga emas semasa dunia ialah di www.kitco.com

bagi pasaran emas New York spot gold, harga emas berubah setiap saat dan setiap minit.

Sebagai contoh, jika anda lihat jadual di bawah,

pada 19 Jun 2008, harga emas di Pasaran Spot Gold New York ditutup pada USD898.00/Oz

1 Oz ( atau Troy Ounce) bersamaan 31.10 gram.

Dengan andaian 1 USD = RM3.25
maka harga emas di pasaran spot gold New york pada 19/6/2008 ialah:

RM2918.50 untuk 1 Oz/31.10 gram
atau bersamaan RM93.84 sen/gram

Memandangkan perbezaan waktu antara Malaysia dan New York, saya akan ambil harga emas Malaysia pada 20/6/2008.

Pada 20/6/2008 – Harga Emas Kijang Emas di laman web Bank Negara Malaysia ialah RM3088.00/Oz.

ini bersamaan RM99.30 per gram.

Pada 20/6/2008 – harga emas bar PAMP Suisse di kedai Emas Poh Win Melaka Mall adalah RM111.00 se gram.

Walaupun berbeza harga sebanyak RM5.46 dan RM17.70 se gram, namun ingin saya nyatakan bahawa harga pasaran Emas dunia New york tidak boleh disamakan dengan harga emas harian Bank Negara atau pun kedai emas di Poh Win di Melaka Mall, Melaka :)

Kita boleh anggap harga emas New York Spot Gold adalah lebih kepada harga pengeluar emas.

Harga emas Bank negara pula dikemaskini setiap hari bekerja manakala harga emas di kedai emas Poh Win biasanya dikemaskini seminggu sekali.

Dalam konteks harga emas Malaysia (emas fizikal), kita boleh merujuk kepada 2 website utama bank yang terlibat dengan penjualan emas fizikal iaitu bank Negara Malaysia dan UOB Bank.

1. Laman web Bank Negara malaysia (Kijang Emas price)
di: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

2. Laman web UOB Bank (Gold coin dan bullion price)
di: http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold

Jika anda nak tahu harga emas per gram, anda ambil nilai jualan 1 troy ounce/ Oz dan bahagikan dengan 31.10

Ini kerana 1 troy ounce/ Oz bersamaan 31.10 gram.

Contoh:

Harga Emas Aust Nugget UOB Bank 20/6/2008 ialah RM3052.00
Jadi harga emas se gram pada 20/6/208 bersamaan
RM3052/31.10 = RM98.14 se gram.
Soalan: Kenapa harga emas tak sama dari satu institusi dengan institusi lain?

Memandangkan harga emas bukan harga kawalan, memang terdapat perbezaan antara satu institusi dan institusi yang lain. Ini kerana terdapat banyak overhead yang terlibat, contohnya kos insurans, kos simpanan, kos pengangkutan, kos staff, kos operasi dan pengambilan untung.

Justeru, anda akan dapati harga emas di bank negara dan kedai emas tidak sama. Begitu juga harga semasa emas bagi institusi Ar-Rahnu seperti Bank Rakyat dan Agrobank. Mereka mempunyai harga harian sendiri. Kalau nak tahu harga harian mereka, kena telefon ke bank berkenaan.

Bagi kes Gold Saving Passbook (samada Maybank atau Public bank), anda akan dapati harga emas yang dipaparkan adalah lebih rendah dari emas fizikal. ini kerana gold saving passbook tak deal dengan emas fizikal, cuma nilai emas sahaja. Jadi kos seperti insurans, simpanan, pengangkutan tiada atau minimum.

Ok, itu sahaja. Semoga anda lebih memahami tentang bagaimana menyemak / mengira harga emas dunia dan di Malaysia.

sumber : Jutawanemas

2 069 comments:

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

Bagus fakta anda ini. Thank you.

Jay said...

terima kasih di atas kata-kata pujian anda itu....
sumber yg diperolehi pun dari website jutawanemas...

sincerely,
✿~jAy DaMiEn~✿

Post a Comment

Video Gallery

.