[INFO] PERLUKAH FEEDJIT PADA BLOGGER?



Salam pembaca sekalian, entri saya kali ini adalah mengenai Feedjit yang dipasang sesetengah blogger pada widget di blog. Tujuan Feedjit adalah untuk mengenal pasti dari mana datangnya pelawat ke blog mereka. Terciptanya Feedjit sememangnya membantu blogger pada asalnya berikutan ketidakbolehan blogger melihat status trafik pada blog sehinggalah Blogger.com melancarkan Blogger Stats sebagai ciri-ciri baru yang juga ada pada Wordpress. Sila lihat gambar di bawah.



Ciri-ciri terbaru yang dilancarkan oleh Blogger.com untuk para blogger ini boleh dilihat pada Dashboard Blogger in Draft. Blogger Stats memaparkan jumlah Pageview yang dilihat pada post anda, Traffic Sources iaitu dari mana blog anda dijumpai, dan Audiences iaitu para pelawat dari negara mana, browser yang digunakan oleh kebanyakan pelawat, dan juga sistem operasi yang digunapakai oleh pelawat. Semua itu juga sama terdapat apa yang ada pada Feedjit. Ini juga dapat mengurangkan saiz muatan apabila hendak melihat blog anda.

0 069 comments:

Post a Comment

Video Gallery

.