Salam semua pembaca. Lama juga saya tidak kemaskini blog ni. Gara-gara ketiadaan kelapangan masa untuk menaip (sebenarnya internet pun takde). Oklah, kita straight to point je lah...
Entri ini adalah perbandingan untuk caj langganan Broadband prabayar (prepaid broadband) yang ditawarkan oleh 3 rangkaian penyedia telekomunikasi di Malaysia. Kita lihat snapshot yang telah saya ambil dari website mereka.
Tujuan entri ini saya kongsikan dengan anda yang biasanya bayar bila hendak guna internet (
Ini kerana saya juga jarang online, lagipun bila pakai bil bulanan tetap kena bayar walaupun 2 minggu kita tak gunakannya. Jadi pelan broadband prabayar ni sangat baguslah untuk diri saya. ^_^
Penyedia Rangkaian : Maxis
Caj Langganan Sehari : RM 8 (dengan 500 MB kuota)
Caj Langganan Seminggu : RM 25 (dengan 2GB kuota)
Komen saya : Maxis broadband juga boleh dilanggan selama sejam dan dikenakan caj RM 2.
Penyedia Rangkaian : Celcom
Caj Langganan Sehari : RM 5 (dengan 1GB kuota)
Caj Langganan Seminggu : RM 18 (dengan 2GB kuota)
Komen saya : Tiada komen.
Penyedia Rangkaian : Digi
(untuk Digi Prepaid dan Digi Easy Prepaid)
Caj Langganan Sehari :
Caj Langganan Seminggu : RM 15 (penggunaan tanpa had)
(untuk Digi Internet Prepaid)
RM 10 / 2 hari (penggunaan tanpa had)
RM 30 / 7 hari (penggunaan tanpa had)
RM 100 / 100 hari (penggunaan tanpa had)
Komen saya : Kalau nak langgan pakej sehari, pastikan anda membeli langganan pukul 1 pagi kerana Digi punya langganan sehari akan berakhir setiap jam 12 tengah malam. Jadi amat rugi kalau beli langganan contohnya pada pukul 11 malam kerana dapat online pun sejam jer. Hehehe.
p/s : Jikalau anda nak beli Digi, pastikan anda membeli Digi Prepaid atau Digi Easy Prepaid. Bukannya Digi Internet Prepaid.
sumber :
Maxis : http://www.maxis.com.my/personal/broadband/wireless_daily.asp
Celcom : http://www.celcom.com.my/broadband/plans_daily_weekly.php
Digi : http://www.digi.com.my/prepaid/3ginternet.do
0 069 comments:
Post a Comment