Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

MERAH (MENTOR 4)

MERAH semasa ujibakat bersama Mus MAY...
MERAH while audition with Mus MAY...

Read More...

GEMPAR... SEEKOR POCONG BERJAYA DI 'TANGKAP'...

PONTIANAK, Indonesia. 19 JUNE - Seekor pocong telah berjaya di 'tangkap' gambarnya ketika sedang keluar makan di siang hari. Namun, pocong itu telah berjaya melarikan apabila dapat menghidu bau kamera DSLR orang yang ingin 'menangkap' gambarnya sesudah menghidu bau makanan yang ingin dimakannya. Bak kata skrip dalam cerita 3 Abdul "ambil bau sahaja".

Namun, meskipun pocong itu yang disyaki melarikan diri ke Pontian, Johor. Gambar aksinya yang sedang ingin menjamah makanan itu sempat di 'tangkap' walaupun tidak berjaya menangkapnya untuk dimasukkan ke dalam botol. Pocong terbabit sesudah dikenal pasti berasal dari Puchong, Selangor.
Read More...

::~HiBuRaN~:: iNi BaRu NaMe nYE bAkAT....

Tahniah buat Black (Mentor 3). Bertuah betul ko Black sebab diumumkan sebagai juara Mentor musim ketiga. Ini baru nama bakat bro!!!.... Keputusan kemenangan Black yang juga protege Mas Idayu diumumkan pengacara Ally Iskandar Mohd Mardzi ketika peringkat akhir program itu yang disiarkan secara langsung menerusi TV3.



Black mengatasi dua peserta lain iaitu Camellus De'lelli Anam atau Chaq, 20 dan Hunanis Zafira Huzaini atau Fira, 18, dengan markah tertinggi berdasarkan keputusan juri profesional sebanyak 50 peratus, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus undian juri awam. Black mendapat markah keseluruhan 75 peratus diikuti Chaq (52.8 peratus) dan Fira, 35.6 peratus.

Black membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 bersama kereta Kia Spectra 5, manakala Mas turut menerima hadiah wang tunai RM100,000. (buleh kawin ko lepas ni Black.. hahaha... )

Pada saingan peringkat akhir itu, setiap peserta diminta menyanyi satu lagu secara solo dan lagu duet bersama mentor serta artis jemputan. Black menyampaikan lagu Aku Sayang Rindu Kamu ciptaan Yuzai diikuti lagu duet secara medley bersama Mas, Mus dan Shamrin.

Tiga juri jemputan yang dipertanggungjawab mengadili peserta adalah penyanyi Zainal Abidin, komposer Hashridz Murshim Hassim (Acis) dan Sheikh Heikal.

Untuk pemenang kedua, Chaq dan Ajai menerima hadiah wang tunai, RM30,000, manakala Fira dan Lah menerima wang tunai RM10,000.

Protege Ajai iaitu Chaq menyampaikan lagu Penjelasan 1 Persatu ciptaan Ajai, manakala beberapa lagu medley duet bersama mentornya dan Stacy. Fira pula menyanyikan lagu Bukan Niatku ciptaan Sharon Paul, dan duet bersama mentor, Lah serta penyanyi kumpulan One Nation Emcess.

Read More...

Video Gallery

.