KUALA LUMPUR, 26 Mac - Seorang pemuda bernama Jay Damien (bukan nama sebenar) ditahan pihak berkuasa yang ketika itu sedang melakukan sekatan jalanraya. Pemuda berkenaan didapati bersalah kerana membawa kereta dengan tidak membuka lampu. Dibawah adalah dialog perbualan pemuda berkenaan dengan salah seorang pihak berkuasa iaitu Sarjan Janggut.
Sarjan Janggut : Encik, keluarkan lesen memandu dengan i/c sekali...
Jay Damien : Errr... Apa salah saya encik... (sambil menghulur apa yang diminta)
Sarjan Janggut : Encik tahu tak apa kesalahan yang encik dah buat?
Jay Damien : Saya rasa takda pulak saya buat salah...
Sarjan Janggut : Encik telah melakukan kesalahan tidak membuka lampu hadapan kereta...
Jay Damien : Ye ker? Cuba tuan tengok jam kat tangan tuan sekarang pukul berapa?
Sarjan Janggut : Pukul 8:45 malam...
Jay Damien : Haaa... Sebab itulah saya tak pasang lampu...
Sarjan Janggut : Kenapa pulak???
Jay Damien : Sebab kan pukul 8:30 - 9:30 malam ni Earth Hour... (sambil tunjuk baju yang dipakai)
Sarjan Janggut : !@#!@$!%^$%^
p/s : Hahahaha~ cerita kat atas takda kena mengena pun dengan aku yang hidup lagi ni haaa... hehehe
0 069 comments:
Post a Comment