Gambar diatas adalah 'screenshot' ketika aku sedang menaip perkataan 'H0W'
Dan ternyata kata kunci (k3yw0rd) yang amat popular dicari adalah H0W T0 H4CK F4C3800K. Ia berkemungkinan dicari oleh golongan yang bukan dari kalangan P3N990D4M, dan atas tujuan apa? Itu aku tak pasti, tapi biasanya untuk mereka melakukan kerja tak berfaedah.
Oklah, aku akan teruskan kepada tajuk utama tentang bagaimana akaun FB korang digodam.
Sebenarnya bukan mudah untuk menggodam facebook kerana ia mempunyai sistem keselamatan yang tinggi. Begitu juga dengan laman web seperti bank-bank. Apa yang digodam itu sebenarnya adalah melalui PC ataupun laptop korang. Korang nak tau bagaimana itu semua berlaku?
Ada beberapa cara yang kebiasaan digunapakai oleh si P3N990D4M, antaranya :
- Menggunakan perisian K3YL0993R atau nama lainnya 5PY 50FTW4R3, ini jalan yang amat mudah bagi mereka dengan cara memantau gerak-geri korang, di mana bila korang sedang menaip sesuatu perkataan atau kata kunci, ianya telah direkodkan tanpa korang sedari.
- Mewujudkan laman PH15H1N9 5C4M, ini agak payah juga untuk dibuat bagi P3N990D4M yang kurang mahir tentang script. Akan tetapi, laman PH15H1N9 ini sangat berleluasa sekali lagi-lagi laman web bank. Jadi sila pastikan korang betul-betul berada di laman web yang betul.
- Sebenarnya ada banyak lagi cara, tetapi yang kebiasaan diguna pakai adalah dua perkara yang telah aku sebutkan di atas.
Cara mengelakkan perkara diatas berlaku (berdasarkan pada pengalaman aku) :
- Pada wall post korang, mungkin seringkali terdapat 5P4M yang kononnya di post oleh kawan-kawan korang. Jadi, jangan sesekali korang cuba nak klik 'share'. (yang ini aku sudah block)
- Janganlah korang selalu sangat nak mencuba aplikasi yang ada kat facebook tu, lagi-lagi quiz application tentang ramalan, lepas tu dapat jawapan yang merapu. (sudah banyak yang aku 'hide' dari wall post)
- Jangan klik pada video klip
lucah, selain dari video klip yang mempunyai tajuk tak mengarut. (contohnya yang terdapat url seperti www.youtube.com) - Jangan sesekali korang klik pada short URL, kecuali kalau korang percaya bahawa link itu selamat untuk di klik. (short URL kebiasaannya diguna pakai di twitter)
0 069 comments:
Post a Comment