RENDANG 'LAMB' PETAI
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, aku nak berkongsi resipi aku ngan korang semua, sebabnye kalau nak kongsi juadah tu tak dapat la aku nak menghantarnye... hehehe... jadi pepandai korang la mencuba resipi aku ni..
BAHAN-BAHAN :
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kunyit
Lengkuas
Serai
Cili boh
Santan
Daging 'lamb'
Garam
Gula
Daun kunyit
Petai
*bahan2 yang diwarnakan merah diatas perlu dikisar sekali...
**********
CARA-CARA MEMBUATNYA
Daging 'lamb' dibasuh terlebih dahulu
Daging 'lamb' dihiris halus-halus
Bahan-bahan yang telah dikisar sekali tadi
Cili giling yang telah dikisar menjadi cili boh
Daging yang telah dihiris dimasukkan ke dalam kuali
Bahan2 yang dikisar dan cili boh dimasukkan ke dalam kuali
Kemudian, santan pula dimasukkan ke dalam kuali
Kesemuanya dikacau di dalam kuali
Api dapur mula dihidupkan
Masukkan sedikit garam secukup rasa
Masukkan sedikit gula secukup rasa
Masakan tadi perlu sentiasa dikacau
Dikacau sehingga kuahnya hampir kering
Masakan tadi ditutup dengan tudung periuk
Daun kunyit, perlu dimasukkan apabila kuah telah kering
PETAI...!!!! Sama juga perlu dimasukkan apabila kuah telah kering
Antara feveret aku ni...
Rendang telah kelihatan kering kuahnya
Apabila kuah kering, masukkan daun kunyit yang telah dihiris ke dalam kuali
Kemudian, petai pula dimasukkan
Masakan dikacau lagi
Kemudian masakan ditutup semula untuk menjadikan petai terasa empuk
AKHIRNYA, RENDANG TELAH PUN SEDIA UNTUK DIHIDANG... nyumm.. nyumm..
3 069 comments:
kelass adik wa sorang ni...sejak bercintan cintun ni pandai masak yek...bagus2 bakal somi soleh...cepat2 tawen dek ooi...hehe
pehh..
pndai msak rupanye..
nih yg berkobar2 nk blaja msak neh..
huhu..
sayang...
nanti masak utk i..=p
Post a Comment